Maklumat Bayar Balik

Proses Tuntutan Bayaran Balik

i. Membuat tuntutan bayaran balik pinjaman kali pertama dalam tempoh enam bulan dari tarikh peminjam tamat belajar.  

ii.Menyediakan tatacara tuntutan yang lebih jelas termasuk menghantar surat peringatan dan akhirnya mengenakan tindakan undang -undang dalam tempoh yang munasabah.

a)        Tuntutan pertama melalui A.R. Registered  - Enam bulan selepas tamat pengajian.

b)        Penangguhan hanya diberi kepada yang menyambung  pelajaran sahaja dengan mengemukakan surat pengesahan belajar / tawaran belajar.

c)         Surat peringatan dikeluarkan kepada peminjam yang tidak mengendahkan tuntutan pertama. Peringatan juga dikeluarkan kepada penjamin-                 penjamin  yang berkenaan.

d)        Notis Tuntutan melalui peguam yang dilantik akan dikeluarkan jika tiada bayaran diterima dalam tempoh tuntutan atau bayaran                                     yang dibuat tidak mengikut kadar.

e)        Tindakan undang-undang yang lebih tegas termasuk saman, saman penghutang penghakiman, sita dan jual  serta  notis kebangkrapan akan                dikeluarkan kepada peminjam tegar yang masih engkar untuk membayar balik pinjaman.

 

 

 

Print Email