Maklumat Bayar Balik

Insentif Bayaran Balik

PELUANG MENDAPATKAN POTONGAN BAYARAN BALIK (REBAT) PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN TERENGGANU

Yayasan Terengganu memperkenalkan satu skim pengurangan bayaran balik jumlah pinjaman pelajaran kepada peminjamnya mengikut syarat-syarat tertentu. Skim ini memberikan peluang menarik kepada mereka yang menjelaskan pinjaman dalam tempoh tertentu.
i.    Pinjaman diberi rebat 10% hingga 20% daripada jumlah pinjaman/tuntutan jika jelaskan kesemua pinjaman dalam tempoh satu (1) hingga lima (5) tahun sebagaimana berikut:-

a.    Menyelesaikan keseluruhan pinjaman dalam tempoh 1 tahun atau kurang    - 20%
b.    Menyelesaikan keseluruhan pinjaman dalam tempoh 1 tahun hingga 3 tahun    - 15%
c.    Menyelesaikan keseluruhan pinjaman dalam tempoh 3 tahun hingga 5 tahun    - 10 %

ii.    Peminjam yang gagal/diberhentikan/menolak pinjaman adalah tidak layak mendapat rebat.
iii.    Bagi peminjam yang mohon penangguhan bayaran balik kerana menyambung pelajaran, tarikh mula tuntutan adalah bermula dari tarikh tamat belajar.
iv.    Tiada penangguhan kerana tidak bekerja.
v.    Syarat-syarat lain dikenakan oleh Yayasan Terengganu dari semasa ke semasa.
#Takrif berkhidmat: Termasuk perkhidmatan sementara, Sambilan, Sangkut, Dalam Percubaan dan sebagainya.

Print Email