Maklumat Bayar Balik

KENYATAAN MEDIA PEMBATALAN PENGANJURAN MAJLIS ANUGERAH SARJANA TERENGGANU TAHUN 2019

i.    Anugerah Sarjana Terengganu adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu yang diadakan setiap tahun dalam menghargai kecemerlangan kejayaan anak Terengganu yang mendapat keputusan cemerlang (KEPUJIAN KELAS PERTAMA dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.75 dan ke atas atau SETARA) di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

ii.    Pemberian insentif ini dikelaskan kepada dua bidang utama iaitu Bidang Ikhtisas dan Bidang Bukan Ikhtisas. Bagi pencapaian cemerlang dalam bidang Ikhtisas seperti bidang Kejuruteraan, Perubatan, Perakaunan dan lain-lain, pelajar akan dianugerahkan insentif sebanyak RM4,000.00. Manakala Bidang Bukan Ikhtisas seperti bidang Pendidikan, Pengajian Islam,Bahasa dan lain-lain pula akan dianugerahkan sebanyak RM2,000.00.

iii.    Bagi tahun 2019, seramai 26 orang pelajar daripada bidang Ikhtisas dan seramai 179 orang pelajar daripada bidang Bukan Ikhtisas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan penerima Anugerah Sarjana Terengganu bagi tahun 2019 adalah seramai 205 orang.

iv.    Berikutan perkembangan terkini penularan virus COVID-19 di Negara ini, pihak Kerajaan Negeri Terengganu telah mengarahkan untuk menangguhkan sebarang program yang melibatkan orang ramai sebagai langkah pencegahan penularan penyakit ini.  

v.    Justeru itu, pengurusan Yayasan Terengganu telah bersetuju untuk MEMBATALKAN penganjuran Majlis Anugerah Sarjana Terengganu bagi Tahun 2019 yang telah dicadangkan penganjurannya dalam masa terdekat.

vi.    Namun begitu, usaha dan kejayaan anak negeri Terengganu dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan tetap dihargai. Oleh itu, pengurusan Yayasan Terengganu telah berbincang dan bersetuju untuk:
a.    Memberikan Sijil Penghargaan kepada para penerima anugerah melalui POS.
b.    Pemberian insentif kecemerlangan kepada penerima anugerah melalui kaedah pembayaran terus ke akaun bank masing-masing.
c.    Dan proses pembayaran akan mula dilakukan bermula 23hb Mac 2020 (Isnin).
d.    Maklumat program dan senarai nama penerima anugerah boleh dimuat turun dari laman web Yayasan Terengganu di alamat www.yt.gov.my.  

vii.    Sekiranya para penerima mempunyai sebarang kemusykilan dan pertanyaan, anda boleh menghubungi pihak Yayasan Terengganu di talian 09-6221733 atau email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sekian, terima kasih.
YAYASAN TERENGGANU

Print Email