PENGAMBILAN PELAJAR BARU ASRAMA YAYASAN TERENGGANU KEMAMAN TAHUN 2020

Yayasan Terengganu mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan aktif dalam aktiviti kokurikulum serta ingin cemerlang dalam akademik untuk memohon penempatan di Asrama Yayasan Terengganu Kemaman bagi sesi persekolahan 2020 melalui laman web www.yt.gov.my yang akan dibuka sebaik sahaja keputusan UPSR 2019 diumumkan.
TARIKH TUTUP  PERMOHONAN ADALAH  10 HARI  SELEPAS  KEPUTUSAN UPSR 2019  DIUMUMKAN

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
Tawaran ini terbuka kepada calon-calon yang memiliki syarat-syarat seperti berikut :
1.    Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 2A 2B DAN 2C dalam UPSR tahun 2019. Keutamaan diberi kepada calon yang mendapat Gred A bagi subjek Matematik DAN Sains.

2.    Ibu atau bapa adalah terdiri dari anak Terengganu. Pemastautin yang tinggal tetap di Terengganu melebihi 10 tahun serta mempunyai keinginan untuk tinggal terus (dibuktikan dengan perolehan aset tak alih) juga layak dipertimbangkan.

3.    Keutamaan diberi kepada pemohon yang ibu/bapa mengundi berdaftar di Terengganu dan daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Semakan permohonan boleh dibuat dari semasa ke samasa melalui laman web berkenaan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
PENGARAH
YAYASAN TERENGGANU
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.
(u.p: Bahagian Pembangunan Pendidikan)            

Tel    : 09-622 1733
Faks    : 09-623 2944
Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Asrama Yayasan Terengganu Kemaman
Jalan Mak Chili,
24000 Kemaman.
Tel    : 09-859 3885
Faks    : 09-859 5255
Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Print Email

Senarai Berita