Arkib Berita

 
Yayasan Terengganu Agih RM13.73 Juta Biasiswa Untuk Pelajar Cemerlang

Yayasan Terengganu Agih RM13.73 Juta Biasiswa Untuk Pelajar Cemerlang

KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Yayasan Terengganu melalui Program Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang mengagihkan sejumlah RM13.73 juta kepada 1,081 pelajar di negeri ini sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke pelbagai universiti di dalam dan luar negara.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jumlah itu membabitkan peruntukan RM10 juta bagi peringkat persediaan dan ijazah  pertama (Dalam dan Luar Negara), RM2.5 juta bagi Biasiswa Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah serta RM1.26 juta bagi Biasiswa Persijilan ACCA (The Association of Chartered Certified Accountants).

Katanya, kerajaan menganggap pemberian biasiswa itu satu pelaburan bijak untuk generasi akan datang dan mereka yang terpilih sewajarnya memanfaatkan pemberian itu dengan sebaiknya.

 “Kita juga berharap ia dapat menaikkan semangat anak-anak Terengganu untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada  pemberita selepas Majlis Apresiasi Penerima Skim Pelajar Terengganu 2020, di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 13 pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran di luar negara dan dalam negara hadir menerima biasiswa.  

Dr Samsuri turut memberitahu, kerajaan negeri turut menyediakan pinjaman pendidikan bagi pelajar meneruskan pengajian di Institut Pengajian Tinggi dan Program Sijil Kemahiran Malaysia yang keseluruhannnya melibatkan lebih RM20 juta.

“Pada masa sama mengagihkan Hadiah Kecemerlangan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2019 membabitkan peruntukan RM280,400 kepada 580 pelajar cemerlang,” katanya.

Seterusnya >>

YAYASAN TERENGGANU TAWAR 15 PERATUS BAYARAN PINJAMAN

YAYASAN TERENGGANU TAWAR 15 PERATUS BAYARAN PINJAMAN

Syarat-syarat : -
1.Baki pinjaman dijelaskan dalam tempoh berkuatkuasa 1 JULAI 2020 hingga 31 DISEMBER 2020.
2.Penyelesaian dibuat secara sekaligus dan diskaun dikira berdasarkan Baki Semasa Pinjaman.
3.Pengiraan diskaun dikira ke atas Baki SemasaPinjaman (diskaun tidak melibatkan caj tambahan seperti kos guaman).
4.Diskaun diberikan kepada Semua Kursus, Peringkat Pengajian dan semua jenis pinjaman.
5.Peminjam yang telah mendapat penghapusan TIDAK LAYAK mendapat diskaun.
6.Pembayaran boleh dibuat melalui saluran bayaran yang disediakan. Sebelum bayaran dibuat, peminjam hendaklah terlebih dahulu mendapat Pengesahan Baki Sebenar dan Pengiraan Diskaun daripada Bahagian Kutipan Balik Pinjaman Yayasan Terengganu.
7.Bagi pembayaran melalui ‘ONLINE BANKING’, peminjam hendaklah mengemukakan penyata bayaran ke Bahagian Kutipan Balik Pinjaman Yayasan Terengganu.

Seterusnya >>

PENGARAH YAYASAN TERENGGANU MENZIARAHI KELUARGA ENCIK MOHD, AYAH KEPADA ALLAHYARHAM PELAJAR IMTIAZ KHALIF NAIM BIN MOHD

PENGARAH YAYASAN TERENGGANU MENZIARAHI KELUARGA ENCIK MOHD, AYAH KEPADA ALLAHYARHAM PELAJAR IMTIAZ KHALIF NAIM BIN MOHD

Alhamdulillah, Tn. Hj. Ishamudin bin Hashim, Pengarah Yayasan Terengganu berkesempatan menziarahi keluarga En Mohd, ayah kepada Allahyarham pelajar Imtiaz, Khalif Naim bin Mohd pagi tadi.
Semoga Almarhum diberi keampunan oleh Allah SWT dan keluarganya tabah dalam menghadapi ujian ini.

Seterusnya >>

PROGRAM INTERVIEW PETRONAS

PROGRAM INTERVIEW PETRONAS

Proses Temuduga online PESP 2020
( Petronas Education Sponsorship Programme) bagi calon SPM 2019.
Tarikh : 20 Mei 2020

Seterusnya >>

Print Email

Senarai Berita