Warga YT

Berita Terkini

SKIM PINJAMAN PELAJARAN SECARA ONE-OFF/TOP- UP IPTS DALAM NEGARA

Pemberian Pinjaman ini ditawarkan bagi membantu membantu  pelajar di IPTS yang telah mendapat pinjaman PTPTN tetapi tidak mencukupi bagi pembiayaan yuran pengajian dan sara hidup. Pinjaman yang akan ditawarkan hanya untuk tahun pengajian berkenaan sahaja (one-off) dengan kouta/jumlah serta syarat tertentu bergantung  kepada peringkat serta bidang pengajian. Pembiayaan adalah dalam  bentuk pinjaman sepenuhnya dan tidak layak dipertimbangkan untuk mana-mana skim penghapusan/pengurangan bayar balik.

SYARAT-SYARAT UMUM

i.    Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
ii.    Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
iii.    Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
iv.    Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

Syarat-Syarat Permohonan:

i)    Telah/sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah/Diploma sekurang-kurangnya pada tahun ke-2 di IPTS dan kursus yang diiktiraf oleh MQA/Kerajaan Malaysia
ii)    Memperoleh CGPA 3.00 keatas  dalam keputusan peperiksaan tahun/sesi sebelumnya.
iii)    Telah mendapat penajaan dari PTPTN (atau badan penaja lain) tetapi tidak mencukupi untuk membiayai yuran pengajian
iv)    Pertimbangan khas bagi pelajar tahun akhir pengajian
*Surat Tawaran Pinjaman dari PTPTN (atau badan penaja lain) perlu disertakan bagi mengesahkan jumlah pinjaman yang telah diluluskan

PERMOHONAN
Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) menerusi  ytklik.terengganu.gov.my

KEPUTUSAN TAWARAN
Penawaran pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit , temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Print Email