Skim Pinjaman Top-up diperkenalkan bagi membantu pelajar di IPTA yang telah mendapat pinjaman PTPTN pada kadar bukan penuh dan tidak mencukupi bagi pembiayaan yuran pengajian dan sara hidup. Kadar Pinjaman yang diluluskan bergantung kepada perbezaan minimum amaun pinjaman yang diberi dan kadar penuh PTPTN. Pinjaman hanya dipertimbangkan mengikut baki tempoh pengajian yang masih ada pada kadar yang telah ditetapkan. Pembiayaan adalah dalam bentuk pinjaman sepenuhnya dan tidak layak dipertimbangkan untuk mana-mana skim penghapusan/pengurangan bayar balik.
SYARAT-SYARAT UMUM :
i. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
ii. Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
iii. Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
iv. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).
SYARAT-SYARAT KHUSUS :
i) Telah/sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah/Diploma di IPTA dan kursus yang diiktiraf oleh MQA/Kerajaan Malaysia
ii) Mendapat penajaan pada kadar bukan penuh dari PTPTN (Surat Tawaran dari PTPTN perlu disertakan bagi mengesahkan jumlah pinjaman yang telah diluluskan)
SKIM PINJAMAN PELAJARAN PENUH IPTA
(KEPADA MEREKA YANG GAGAL MENDAPAT PEMBIAYAAN PTPTN)
SYARAT-SYARAT UMUM :
i. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
ii. Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
iii. Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
iv. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).
SYARAT-SYARAT KHUSUS :
i. Telah/sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah/Diploma di IPTA dan kursus yang diiktiraf oleh MQA/Kerajaan Malaysia
ii. Pemohon GAGAL MEMPEROLEH penajaan dari PTPTN (permohonan ditolak oleh PTPTN atas alasan tertentu)
*Surat rasmi dari PTPTN perlu disertakan bagi mengesahkan permohonan pinjaman DITOLAK oleh PTPTN
Penajaan pinjaman hanya dipertimbangkan mengikut baki tempoh pengajian yang masih ada dan pada kadar yang telah ditetapkan.
PERMOHONAN
Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) menerusi ytklik.terengganu.gov.my
KEPUTUSAN TAWARAN
Penawaran pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit , temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.