Warga YT

Berita Terkini

SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA LUAR NEGARA

Skim pinjaman ini diwujudkan bagi membantu para pelajar persendirian (tiada penaja) di luar negara untuk menjelaskan Yuran Pengajian. Jumlah pinjaman yang ditawarkan berdasarkan amaun sebenar yuran pengajian (maksimum USD8,000.00 setahun)  tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.Pembiayaan adalah dalam  bentuk pinjaman sepenuhnya dan tidak layak dipertimbangkan untuk mana-mana skim penghapusan/pengurangan bayar balik.
SYARAT-SYARAT UMUM
i.    Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah
seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
ii.    Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama
10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
iii.    Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di
Negeri Terengganu.
iv.    Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

SYARAT-SYARAT KHUSUS :
i)    Telah/sedang mengikuti pengajian sekurang-kurangnya pada tahun ke - 2 di universiti/kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia terutamanya dalam bidang/negara sebagaimana berikut :
a)    Jordan,Indonesia (Perubatan/Pergigian & Pengajian Islam)
b)    Mesir (Perubatan/Pergigian)
c)    India,Pakistan,Bangladesh,Russia (Perubatan)
d)    Jerman,UK,US,Australia,Korea,Jepun (Sains/Kejuruteraan/Perakaunan)

Walaubagaimanapun permohonan dari pelajar di negara / bidang yang lain boleh juga memohon untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Tajaan & Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

ii)    Memperoleh CGPA 3.50 keatas atau Mumtaz/Jayyid  Jiddan (Timur Tengah) dalam  
    keputusan peperiksaan tahun/sesi pengajian sebelumnya.
iii)    Tiada Penaja.
iv)    Keutamaan dan pertimbangan khas kepada para pelajar tahun akhir

PERMOHONAN

Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) menerusi  ytklik.terengganu.gov.my

KEPUTUSAN TAWARAN

Penawaran pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit , temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Print Email