Warga YT

Berita Terkini

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 ASRAMA YAYASAN TERENGGANU KEMAMAN TAHUN 2021

YAYASAN TERENGGANU mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan aktif dalam aktiviti kokurikulum serta ingin cemerlang dalam akademik untuk memohon penempatan di Asrama Yayasan Terengganu Kemaman bagi sesi persekolahan 2021. Tawaran ini terbuka kepada calon-calon yang memiliki syarat-syarat seperti berikut :
•    Mendapat keputusan LULUS 2A 2B 2C tanpa D dan E dalam TOV Tahun 6 2020 dan LULUS PBD Tahun 6 2020. Keutamaan diberi kepada calon yang mendapat Gred A bagi subjek Matematik DAN Sains.
•    Ibu atau bapa adalah terdiri dari anak Terengganu. Pemastautin yang tinggal tetap di Terengganu melebihi 10 tahun serta mempunyai keinginan untuk tinggal terus (dibuktikan dengan perolehan aset tak alih) juga layak dipertimbangkan.
•    Keutamaan diberi kepada pemohon yang ibu/bapa mengundi berdaftar di Terengganu dan daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
Permohonan secara online bagi  Tingkatan Satu ini akan dibuka bermula pada   5 JANUARI 2021.
Permohonan dan semakan permohonan boleh dibuat dari masa ke semasa melalui Pihak pengurusan juga berhak menolak permohonan ini sekiranya didapati tidak memenuhi syarat-syarat sebagaimana di atas.
Permohonan yang telah lengkap hendaklah DICETAK dan disimpan untuk rekod rujukan pemohon, terimakasih.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 16 JANUARI 2021.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :

PENGARAH
YAYASAN TERENGGANU
Bangunan Yayasan, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
(u.p. : Bahagian Pembangunan Pendidikan)

Tel. : 09-6221733
Faks. : 09-6232944
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Print Email