Warga YT

Berita Terkini

TAWARAN BIASISWA YAYASAN TERENGGANU TAHUN 2020

Yayasan Terengganu mempelawa para pelajar rakyat negeri Terengganu Darul Iman yang memenuhi syarat-syarat KERAKYATAN  dan KELAYAKAN AKADEMIK yang ditetapkan untuk memohon Biasiswa Tahun 2020 dibawah program yang ditawarkan sebagaimana berikut (sila klik):
1.    Biasiswa Peringkat Sarjana (Master)dan Doktor Falsafah (PhD)Tahun 2020
2.    Biasiswa Program Perakaunan Profesional ACCA Tahun 2020

PERMOHONAN
Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) menerusi  ytklik.terengganu.gov.my mulai 7 Oktober 2020 (Rabu). Permohonan akan ditutup pada 19 Oktober 2020 (Isnin) jam 12.00 tengah hari.    

KEPUTUSAN TAWARAN
Penawaran biasiswa kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit , temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Print Email