Warga YT

Berita Terkini

MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 DAN 4 SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YT TAHUN 2021


PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 DAN 4
SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU BAGI TAHUN 2021


1.    Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid secara single entry point untuk kemasukan ke Sekolah Khusus iaitu menggunakan kaedah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) standard secara berpusat sebagaimana berikut :-
                    Tingkatan 1               Tingkatan 4

    Permohonan dalam talian        7 Sept. hingga 2 Okt. 2020       7 Sept. hingga 2 Okt. 2020
    Semakan Pusat PKSK        7 hingga 23 Okt. 2020       12 Okt. hingga 6 Nov 2020
    Pelaksanaan PKSK        12 hingga 23 Okt. 2020       26 Okt. hingga 6 Nov 2020


2.    Sehubungan itu, bagi calon yang ingin memohon ke Tingkatan 1 dan 4 Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu adalah DIWAJIBKAN menduduki ujian :-

i.    Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) - calon Ting. 1 & 4
ii.    Pentaksiran Murid Aliran Agama (PMAA) (turut diambil kira) - calon Ting. 1 sahaja
iii.    Temuduga & Ujian Bertulis (anjuran YT) - calon Ting. 1 & 4

3.    Permohonan secara dalam talian (on-line) bagi menduduki ujian PKSK adalah sebagaimana pautan berikut :-

    Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my
    Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my

4.    Semasa permohonan secara dalam talian (on-line) dibuat, pemohon boleh memilih sama ada jenis Sekolah Khusus : Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sebagai pilihan tetapi salah satu mestilah memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) untuk menduduki Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.

5.    Tarikh Iklan Kemasukan ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu dijangka akan dikeluarkan pada 1 Disember 2020. Manakala bagi calon yang berminat untuk mengikuti Program Tahfiz Mandarin (Tingkatan 1) dan Program As-syahadah Al-Ulya Ulul Albab (Tingkatan 4) juga DIWAJIBKAN menduduki ujian PKSK sebagaimana perkara 2 dan 3 di atas.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN PENGURUSAN IMTIAZ
YAYASAN TERENGGANU  

Print Email