• Welcome YT 2019
  • T Help 2019v2
  • UTC Operation Hourv3
  • Web Banner BIASISWA PINJAMAN PELAJARAN 10x4
  • Ramadhan 2019
  • Aidilfitri 2019 V3

Berita Terkini

PROGRAM BIASISWA KERAJAAN ARAB SAUDI 2019

Anak-anak Terengganu yang berkelayakan dan memenuhi syarat akademik dipelawa memohon Biasiswa Penuh Tajaan Kerajaan Arab Saudi bagi mengikuti Pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum & Gas) di King Fahd University Of Petroleum And Minerals.

Syarat AKADEMIK
1.    Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya tujuh (7) ‘A‘ .
2.    Mahir & fasih berbahasa Arab akan diberikan keutamaan.
3.    Berumur 17 – 25 tahun
4.    Pelajar wanita hendaklah diiringi penjaga (mahram) yang di bawah tajaan atau pemegang permit yang sah
5.    Surat Sokongan (Tazkiyah) – jika ada

Bagi pelajar anak Terengganu  yang berminat, sila isi permohonan secara online di  laman web https://qabool.kfupm.edu.sa/ar/  (12 – 18 Mei 2019) dan lampirkan dokumen sebagaimana di bawah ke Bahagian Tajaan & Transformasi Pendidikan Yayasan Terengganu.

i.    Sijil/ Transkrip SPM.
-    Terjemahan transkrip akademik yang asal ke dalam Bahasa Arab oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
-    Disahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia & Kementerian Hal Ehwal Luar Negara.
ii.    Sijil Pengesahan Kesihatan (Medical Check Up) MUAT TURUN
iii.    Surat pengesahan berkelakuan baik
-    Dari sekolah masing-masing (dalam Bahasa Arab)
iv.    Satu (1) salinan passport antarabangsa
v.    Dua (2) keping gambar (ukuran passport)
vi.    Borang Permohonan diisi dengan lengkap MUAT TURUN
Catatan:
**Segala kos & urusan berkaitan  penyediaan dokumen adalah tanggungjawab pemohon.


KEPUTUSAN TAWARAN
Penawaran ke Universiti dan biasiswa kepada calon yang berjaya adalah berdasarkan pertimbangan & kelulusan Kerajaan Arab Saudi

TARIKH TUTUP
 Tarikh akhir penyerahan dokumen adalah pada 22 Mei 2019

Print Email