![[πππππππ] π‘π’π§ππ¦ π£ππ‘π¨π§π¨π£ππ‘ π¦ππ ππ‘π§ππ₯π π¦ππ¦π§ππ ππ£π¬π§](https://yt.gov.my/storage/hebahan/poster/0n2SUKVzlWBs1MNl7tri7zieIK49IlsAtmoPitF3.jpg)
Dimaklumkan bahawa Sistem Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu (BPYT) akan ditutup sementara bagi tujuan penyelenggaraan berkala seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 28 Oktober 2026 (Rabu) hingga 1 November 2026 (Ahad)
Sepanjang tempoh penyelenggaraan, semua urusan permohonan oleh pelajar serta urusan semakan dan kelulusan oleh kakitangan/pegawai tidak dapat dilakukan.
Pihak Yayasan Terengganu memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul dan mengucapkan terima kasih atas perhatian serta kerjasama semua pihak.
Sekian, terima kasih.
YAYASAN TERENGGANU
βMembangun Nilai, Merintis Kejayaanβ