Tiket, Pasport Antarabangsa dan Visa Ke Timur Tengah

Tiket

  • Yayasan Terengganu akan mendapatkan tawaran sebut harga tiket penerbangan ke Mesir, Jordan atau Morocco daripada syarikat-syarikat penerbangan sebaik sahaja jumlah pelajar yang akan ditawarkan pinjaman diputuskan. Harga tiket yang ditetapkan menjadi sebahagian daripada jumlah pinjaman.

Pasport Antarabangsa

  • Para pelajar terbabit diminta menguruskan sendiri permohonan mendapatkan pasport antarabangsa.

Visa

  • Yayasan Terengganu akan menguruskan permohonan Visa pelajar. Bagaimanapun, jika syarikat penerbangan yang menyertai sebut harga mampu menyediakan perkhidmatan ini pada kos yang munasabah maka Yayasan Terengganu akan membuat pertimbangan yang wajar.

 

Print Email