Skim Penghapusan Pinjaman

Skim ini diperkenalkan untuk memberi dorongan kepada para pelajar supaya mereka sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan.

  • Dasar Penghapusan Pinjaman IPTA, KUSZA dan Politeknik

Dasar yang ditetapkan bagi IPTA, KUSZA dan Politeknik adalah seperti berikut:

    • Pertimbangan

Pertimbangan diberi kepada pelajar sepenuh masa yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjanamuda dan Diploma berdasarkan pencapaian CGPA.

Kelayakan Akademik

  • Syarat Pertimbangan
  • Penilaian dibuat merujuk kepada CGPA di akhir pengajian.
  • Kemuka permohonan selepas tamat pengajian dengan menyertakan salinan keputusan keseluruhan yang disahkan oleh Dekan atau pegawai Yayasan Terengganu.
  • Keputusan peperiksaan hendaklah dihantar dalam tempoh tiga bulan selepas diumumkan.
  • Tidak pernah gagal dan mengulang di sepanjang tempoh pengajian dan tidak melibatkan perlanjutan tempoh pinjaman.
  • Tidak pernah terlibat dengan sebarang tindakan tata tertib/disiplin di sepanjang tempoh pengajian.
  • Pelajar yang pernah gagal sebelum ditaja oleh Yayasan Terengganu adalah tidak layak dipertimbangkan.
  • Pelajar yang mendapat pinjaman lain dan kemudian menerima pinjaman Yayasan Terengganu bagi tempoh pengajian dan kursus yang sama adalah tidak layak dipertimbangkan.
  • Pelajar yang terlibat dengan pertukaran kursus dan institusi pengajian kerana gagal adalah tidak layak dipertimbangkan.


* Dasar Skim Penghapusan Pinjaman ini tidak termasuk TATI dan institusi latihan kemahiran/teknikal.

  • Dasar Penghapusan Pinjaman IPT Timur Tengah Meliputi Mesir dan Jordan).

Dasar yang ditetapkan adalah seperti berikut:

    • Pertimbangan

  • Semua pelajar tajaan di Mesir dan Jordan yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah layak dan berpeluang untuk dipertimbangkan.

  • Pelajar yang gagal, mendapat penajaan lain, diberhentikan pinjaman oleh Yayasan Terengganu, terlibat dengan perlanjutan tempoh dan terlibat dengan masalah disiplin yang serius tidak layak dipertimbangkan.

    • Kelayakan Kursus Dan Akademik

      • Kursus

  • Semua kursus sama ada Bahasa Arab, Pengajian Islam atau kursus-kursus lain di peringkat ijazah pertama dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau badan pengiktirafan pusat.

        • Kursus yang diikuti mestilah secara sepenuh masa.

      • Akademik

        • Semua pelajar hendaklah mencapai tahap keputusan akademik berikut:

  • Bagi pelajar di Jordan, mereka mestilah mengambil tidak kurang daripada 33 jam kredit pada setiap sesi.

        • Menamatkan pengajian dalam tempoh tawaran pinjaman pelajaran pertama.

    • Syarat Pertimbangan

      • Pelajar mestilah ditaja oleh Yayasan Terengganu sejak awal pengajian ijazah pertama.

  • Tidak pernah gagal atau mengulang dalam mana-mana tahun pengajian dan menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.

  • Tidak terlibat dengan pertukaran kursus dalam tempoh pengajian atau pinjaman.

  • Mempunyai rekod disiplin yang baik dengan memperolehi sokongan daripada Jabatan Penuntut Malaysia (JPM).

      • Tidak terlibat dengan perlanjutan tempoh pinjaman.

    • Syarat Tambahan

  • Setiap pelajar hanya dilakukan proses pra-kelayakan setelah mereka tamat pengajian dan pulang ke tanah air serta melaporkan diri ke Yayasan Terengganu.

  • Sekiranya pelajar tidak kembali ke tanah air setelah tamat pengajian dalam tempoh satu tahun kalendar, maka ia tidak boleh dijadikan asas pertimbangan.

  • Semua pelajar dikehendaki pembuat permohonan ke Yayasan Terengganu, manakala keputusan Penghapusan Pinjaman akan dimaklumkan kepada pelajar berkaitan.

  • Salinan keputusan hendaklah disahkan oleh pegawai Yayasan Terengganu atau Jabatan Penuntut Malaysia (JPM).


Yayasan Terengganu tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecuaian yang mengakibatkan peluang untuk dipertimbangkan penghapusan ini luput.

 

Print Email