BIASISWA PROGRAM PROFESIONAL ACCA TAHUN 2019


Pemberian biasiswa ini ditujukan kepada anak-anak Terengganu lepasan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang berhasrat memperoleh kelayakan Pensijilan Perakaunan Professional dari Association of Chartered Certified Accountant (ACCA).

Program ini akan dijalankan  di sebuah pusat yang akan ditubuhkan di Terengganu dan akan dikendalikan oleh Salihin Charted Accountant (SALIHIN) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Tempoh pengajian program adalah 1 tahun (Sepenuh Masa) atau 2 tahun (Separuh Masa). Ambilan pertama program ini akan bermula pada Ogos/September 2019.

Biasiswa ini merangkumi yuran pengajian empat kertas (tertakluk pengesahan pengecualian sembilan (9) kertas dari pihak ACCA) dan hanya untuk sekali sahaja menduduki peperiksaan. Untuk peperiksaan kali kedua (mengulang), yuran peperiksaan adalah bawah tanggungjawab pelajar sendiri.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

A.    SYARAT UMUM

i.    Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
ii.    Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
iii.    Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
iv.    Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).


B.    SYARAT KHUSUS

i.    Lulus Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau yang setaraf dari IPT yang diiktiraf  dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00
ii.    Berumur tidak lebih dari 28 tahun (Sepenuh masa) dan 32 tahun (Separuh masa)
iii.    Telah mendapat pengesahan pengecualian sembilan (9) kertas dari pihak ACCA


KEPUTUSAN TAWARAN

Penawaran biasiswa kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit, lulus temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

TARIKH TUTUP
30 Mei 2019 (kohort 1)
20 Ogos 2019 (kohort 2)

Print Email