PINJAMAN PELAJARAN PEMBIAYAAN YURAN PENGAJIAN (ONE-OFF) TAHUN 2019 (Peringkat IJAZAH PERTAMA Sahaja)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

A.    SYARAT UMUM

i.    Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.

ii.    Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.

iii.    Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.

iv.    Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).


B.    SYARAT KHUSUS

1. PERINGKAT IJAZAH PERTAMA (LUAR NEGARA)

i.    Telah/sedang mengikuti pengajian di universiti/kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia terhad kepada :

a.    Perubatan/Pergigian (Jordan, Mesir,India, Pakistan dan Indonesia)
b.    Sains/Kejuruteraan/Perakaunan (Jermann,UK,US, Australia &Jepun)
c.    Pengajian Islam (Jordan/Indonesia/Turkidan Lain-lain)

ii.    Memperoleh CGPA 3.50 keatas atau Mumtaz/Jayyid  Jiddan (Timur Tengah) dalam keputusan peperiksaan tahun/sesi pengajian sebelumnya.

iii.    Memenuhi Syarat Kelayakan SSLN/NOC (Sijil Sokongan Luar Negara/No Objection Certificate) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

iv.    Tiada Penaja.

v.    Keutamaan dan pertimbangan khas kepada para pelajar tahun akhir


2. PERINGKAT IJAZAH PERTAMA (DALAM NEGARA)

i.    Telah/sedang mengikuti pengajian di IPTA/IPTS dan kursus yang diiktiraf oleh MQA/Kerajaan Malaysia

ii.    Tidak layak/gagal memperoleh penajaan dari PTPTN/badan penajalain, atau

iii.    Amaun penajaan dari PTPTN (atau badan penaja lain) tidak mencukupi untuk membiayai yuran pengajian (top-up)

KEPUTUSAN TAWARAN:

i.    Pemberian Pinjaman ini akan ditawarkan hanya pada tahun pengajian berkenaan sahaja (one off) berdasarkan amaun sebenar yuran pengajian dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

ii.    Pembiayaan adalah dalam  bentuk pinjaman sepenuhnya(perlu dibayar balik)

iii.    Penawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
15 Ogos 2019

Print Email