BIASISWA PERINGKAT SARJANA (MASTER) DAN DOKTOR FALSAFAH (PHD) TAHUN 2019

Dalam Bidang-Bidangberikut (IPT Dalam Negara Sahaja) :
i.    Sains
ii.    Kejuruteraan
iii.    Perakaunan
iv.    Undang-Undang
v.    Ekonomi/Sains Sosial

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

A.    SYARAT UMUM

i.    Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.

ii.    Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.

iii.    Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.

iv.    Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).


B.    SYARAT KHUSUS
a)    Program Sarjana (Master)
i.    Lulus Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 atau setaraf.

ii.    Telah mendapat tempat/penawaran dari Universiti Dalam Negara

iii.    Pengajian Sepenuh Masa & Tidak bekerja.

iv.    Berumur tidak melebihi 28 tahun semasa memohon.


b)    Program Doktor Falsafah (PhD)
i.    Lulus Ijazah Sarjana (Master) dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara).

ii.    Telah mendapat tempat/penawaran dari Universiti Dalam Negara.

iii.    Pengajian Sepenuh Masa & Tidak bekerja.

iv.    Berumur tidak melebihi 32 tahun semasa memohon.    
KEPUTUSAN TAWARAN

Penawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit, lulus temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.


TARIKH TUTUP

15 Ogos 2019

Print Email