KONVENSYEN ULUL ALBAB 2.0

Konvensyen yang dianjurkan bersama oleh Pusat Ulul Albab, UPSI dan Akademi Sinergi Ikhlas akan diisi dengan pembentangan modul dan perkongsian oleh para pembuat dasar dan pelaksana program Ulul Albab dari semua agensi yang terlibat.

Bermula dengan cetusan idea pada mei 1996 sebagai usaha menginovasikan pendidikan di Malaysia, program Ulul Albab kini telah mendapat perhatian dan permintaan yang sangat tinggi sejak akhir-akhir ini.


Dari bumi Besut dengan Imtiaz di sambut oleh MARA dengan MRSMUA dan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan TMUA, program Ulul Albab telah berkembang ke seluruh negara dengan pendekatan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik yang menekankan corak pembelajaran yang komprehensif tanpa berlakunya pemisahan antara ilmu agama (naqli) dan ilmu umum ('aqli) terutamanya ilmu sains'.

Print Email

Senarai Berita